masakan terengganu. dulu masa kecik mak selalu buat. makan petang atau pun dessert.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Putu Mayam Berkuah
masakan terengganu. dulu masa kecik mak selalu buat. makan petang atau pun dessert.
BAHAN-BAHAN
- === untuk buat putu mayam======
- 3 cawan tepung beras – saya gugel resepi putu ni ader gak yg campo ngan tpg gandum sikit.
- 1 cawan air panas- tuang sikit2..(bergantung pada kualiti tepung)
- garam secukup rasa
- =====Untuk membuat kuah manis===
- santan dari sebiji kelapa
- Setengah kerek manisan (gula melaka)
- 3 sudu besar tepung beras (sangaikan)
- daun pandan
- secubit garam
- 2 biji telur (pukul dulu sikit)
CARA PENYEDIAAN
- **Buat putu dulu**
ni acuan putu yang saya bli, buat dari plastik je. - Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- campurkan tepung beras dengan garam.
- masukkan air panas sikit – sikit. adunan putu ni keras sikit, tak macam adunan kuih lain. kacau ngan senduk kayu, kalau guna tangan masuk spital la jawabnya.
- dah tu kepal- kepalkan adunan dengan senduk atau pun sudu dan masuk dalam acuan putu tu, kalau kat trg kitaorg panggil bekas kebab. dah tu tekan la sampai putu tu kluar. tadahkan plastik kat bawah acuan tu. saiz tu ikut suka korang la nak buat besar mana pun. saya buat kecik – kecik, senang nak makan satu mulut je… kemudian kelepetkan plastik tu sikit, putu kat trg biasanya bentuk segi tiga, ikut la nak buat camana pun, janji putu tu padat – padat sikit, tak terburai la masa kukus nanti. alihkan dari plastik kedalam kukusan, jangan susun bertindih, nanti putu melekat.
- kukuskan selama 5 – 10 minit atau sehingga putu nampak berkilat.
- **Buat kuah manis**
- Masakkan santan dan manisan dalam satu periuk, masukkan daun pandan
- masukkan tepung beras yang dah disangai, kacau sebati. bila kuah dah agak mendidih sikit baru masukkan telur dan kacau sentiasa agar telur tak membeku
- dah siap kuah dan putunya, selamat menjamu selera.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.