roti sosej

Roti sosej ini sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Bukan saja kanak-kanak, orang dewasa juga dijamin akan menyukainya!

Empunya resipi turut berkongsikan satu petua supaya roti tidak menyerap minyak dan menjadi rangup elok.

Kos bahan untuk menyediakannya juga tidaklah mahal. Anda hanya memerlukan roti, sosej, telur dan serbuk roti sebagai bahan utama.

Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!

RESIPI ROTI SOSEJ RANGUP DAN SERAP MINYAK

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Sosej
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara-cara:

1. Ambil sekeping roti dan lenyek sehingga leper menggunakan cawan. Kemudian letakkan sosej di atasnya dan gulung dengan kemas. 

2. Sapukan air pada hujung roti supaya melekat elok pada sosej. Ulang langkah 1 dan 2 ini mengikut kuantiti yang anda sukai.

3. Kemudian potong sosej kepada 3 bahagian atau boleh potong mengikut cita rasa masing-masing.

roti sosej

4. Seterusnya, celupkan ke dalam telur yang sudah dikocak sehingga bersalut rata.

5. Kemudian, golekkan pula ke dalam serbuk roti. Kegunaan serbuk roti ini adalah supaya tidak serap minyak terlalu banyak semasa digoreng.

6. Goreng sebentar di dalam minyak sehingga garing dan rangup. Jangan guna api terlalu kuat supaya tidak hangus.

7. Sedia untuk dihidangakn bersama sos cili dan mayonis. Selamat mencuba!

roti sosej

Kredit resipi dan gambar: Nan’s Saga

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN