laksa mee pangkor

Hidangan laksa sudah menjadi kegilaan ramai. Malah, terdapat pelbagai jenis laksa yang boleh dicuba, antaranya adalah Laksa Mee Pangkor ini. Lain dari yang lain, pernahkan anda mencubanya?

Seperti yang anda tahu, Pulau Pangkor kini berstatus pulau bebas cukai antara destinasi pelancongan terkemuka kerana selain keindahannya, ia mempunyai beberapa peninggalan sejarah antaranya Kota Belanda di Teluk Gedung.

Baca juga: Asam Laksa Cina Cara MUDAH, Cukup Rasa Masam Manis Pedas

Namun, kunjungan ke pulau itu ibarat tidak lengkap jika tidak menikmati makanan ‘signature’ yang cukup terkenal kerana keunikan serta kelazatannya iaitu Laksa Mee Pangkor.

Berbeza dengan laksa utara atau asam laksa, laksa ini menggunakan mi khas berwarna putih dihidang dengan sup ikan, sotong, udang atau ketam yang jernih selain sambal serta sayur tumis selalunya kacang panjang dan lobak sebagai pelengkap.

Ikuti resipi penuh dari Sue M Arukin ini jika ingin membuatnya di rumah. 


RESIPI LAKSA MEE PANGKOR

laksa mee pangkor

Bahan A:

  • 2 ikat laksa mee Pangkor

Bahan B: Kuah

  • 10-12 ekor Ikan kembung/termenung – saiz medium
  • 3 keping asam gelugur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
  • 5 ulas bawang merah – mayang halus
  • 3 ulas bawang putih – ketuk kasar

Bahan C: Sambal 

  • 500gram udang medium size – bersihkan
  • 10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
  • 5 ulas bawang merah – mayang halus
  • 3 ulas bawang putih – ketuk kasar
  • 1/2 inci belacan
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam & gula secukup rasa

Bahan D: Sayur

  • 200gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
  • 3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.

2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balance kan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup & daun bawang.

3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.

4. Untuk sayur; panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang tu masih ada rasa rangup.

5. Cara menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah beserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas. 

laksa mee pangkor

Nota tambahan:

  • Laksa mee pangkor saya beli di shoppe. Cari je kat situ mesti jumpa.
  • Selain ikan kembung boleh juga guna udang atau ketam yang direbus untuk buat sup/kuah.
  • Sambal ~ boleh buat sambal kosong tanpa udang. Udang boleh rebus dan tambah kemudian. Tapi kalau nak senang, masukkan sekali udang dalam sambal.
  • Ikan-ikan jenis lain atau ikan kayangan tak disyorkan untuk resipi ini ya.
  • Sayur pun jangan sebarangan tukar kepada kacang tanah ke, kacang parang ke, kacang hijau ke, ikut saja saranan dalam resipi.

Selamat mencuba resipi asli dari Laksa Mee Pangkor ini.

Sumber: Sue M Arukin 

Baca juga: Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN