Sebagai kuah untuk coneydog, spegetti dan roti john

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Daging Special

Sebagai kuah untuk coneydog, spegetti dan roti john

BAHAN-BAHAN

  • Daging kisar
  • Tomato – dicincang
  • Bawang besar – di dadu
  • Bawang putih – dicincang halus
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Sos tomato
  • Cili pes
  • Minyak sapi
  • Meggie seasoning
  • Sehelai daun bay
  • Garam dan perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi, dan tumis bawang putih dan bawang merah yang didadu hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan daging cincang. Kacau goreng. Masukkan juga daun bay, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau lagi
  • Masukkan buah tomato yang dicincang. Kacau lagi. Titiskan setitik dua meggie seasoning.
  • Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air (jangan masak sampai kering)
  • Tambah garam dan perasa secukupnya
  • Siap untuk dihidangkan. SELAMAT MENCUBA

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN