resepi nasi ayam thai

Pasti ramai dah selalu masak nasi ayam kan? Kali ini apa kata jom cuba resepi nasi ayam Thai pula. Boleh tahan sedap juga rupanya!

Nasi Ayam Thai ini hampir sama saja dengan nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan. Yang berbeza adalah dari segi sos dan juga penggunakan daun ketumbar.

Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi perkongsian oleh Humairah Al-Hamra di bawah.  Sekali sekala tukar selera tidak ada salahnya, selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Nasi Beriani Mudah, Nampak Mewah Tapi Guna Bahan Murah Je!

RESEPI NASI AYAM THAI

resepi nasi ayam thai

Bahan-bahan ayam:

  • Ayam
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk)
  • Halia 3 inci (hiris)
  • 5 lembar akar daun ketumbar
  • Kiub ayam
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Air untuk merebus

Cara masak ayam:

1. Tumis bawang putih dan halia. Masukkan ayam, akar ketumbar dan air. Renih lebih kurang selama 10 minit.

2. Asingkan ayam dan air rebusan ayam. Air rebusan tersebut akan digunakan untuk membuat sup dan nasi.

Bahan-bahan nasi:

  • Beras
  • Air rebusan ayam secukupnya untuk masak nasi

Cara masak nasi:

1. Cuci beras. Letakkan air rebusan ayam tadi secukupnya beserta garam dan kiub ayam.

2. Letakkan juga ayam yang direbus tadi ke atas nasi. Tanak nasi seperti biasa.

resepi nasi ayam thai

Bahan-bahan sos:

  • Sos ikan
  • Daun ketumbar
  • Gula perang
  • Limau nipis atau cuka makan
  • Cili merah
  • Air
  • Bawang putih
  • Perasa

Cara buat sos:

1. Kisar semua bahan dan masak sekejap sehingga menggelegak. Sedia untuk dihidangkan dan menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Humairah Al-Hamra

Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN