resepi kuah asam ringkas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Rebus Ikan Terubok Liza

resepi kuah asam ringkas

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan terubok sederhana besar (ikan parang pun boleh)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5-6 biji cili padi
  • 3-4 sudu makan cili giling
  • 1-2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1-2 ulas asam keping
  • 1 batang serai
  • 3-4 cawan air
  • segenggam daun kesum
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1-2 biji tomato
  • 4-5 batang bendi
  • garam secukup rasa
  • *bahan opsyenal*
  • 1 batang bunga kantan
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • ikan terubok dibelah dua dan dipotong tiga…kisarkan bawang merah, cili merah, cili padi dan cili giling…serai diketuk…tomato dipotong empat…
  • masukkan bahan-bahan dikisar ke dalam periuk bersama air, serbuk kunyit, asam keping, serai dan daun kesum…panaskan di atas api sederhana…masukkan ikan…masukkan bunga kantan dan tempoyak kalau suka…
  • masukkan pula cili merah dan cili hijau…untuk mengelakkan bendi daripada berlendir, bendi dipotong dua sambil dimasukkan satu-persatu ke dalam periuk…akhir sekali, masukkan tomato…
  • biarkan mendidih…bubuhkan garam secukup rasa…sedia untuk dihidangkan :P

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN