resepi keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuey Tiaw Goreng Family Liza

resepi keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus kuey tiaw
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi
  • segenggam kecil udang kering
  • 5-6 ekor udang sederhana besar @ isi ayam @ kerang
  • 3-4 sudu makan cili giling
  • 3-4 sudu makan kicap cair
  • 2-3 batang sawi
  • 1/2 batang cili merah
  • 1 biji tomato
  • segenggam kecil tauge
  • garam secukup rasa
  • *bahan opsyenal*
  • bebola ikan / kek ikan
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan udang kering…Sawi dipotong, cili merah dihiris dan tomato dipotong enam…Kek ikan dihiris nipis memanjang…
  • Panaskan minyak…Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk…Masukkan cili giling…Kemudian, masukkan udang @ isi ayam @ kerang…
  • Masukkan kicap cair…Masukkan sawi, cili merah dan tomato…Kacau rata-rata…Masukkan bahan opsyenal kalau suka…Kemudian, masukkan kuey tiaw…Akhir sekali, masukkan tauge…
  • Bubuh garam secukup rasa…Sedia untuk dihidangkan :P

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN