Resepi ibu mertua, 1 jam penyediaan & siap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah Laksa Segera

Resepi ibu mertua, 1 jam penyediaan & siap.

BAHAN-BAHAN

  • satu tin sardin (tin besar)
  • * 3-4 ulas bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit hidup (atau sedikit serbuk kunyit)
  • * segenggam cili kering
  • * 1 sudu kecil serbuk kari (apa2 pun)
  • 3 keping asam keping
  • 1 batang bunga kantan (potong2)
  • 2-3 batang serai (diketuk)
  • segenggam daun kesum (dibuang batangnya)
  • air untuk kuah
  • gula & garam
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar semua bahan2 bertanda *. Kemudian tumis dgn sedikit minyak bersama-sama serai hingga naik bau.
  • Kisarkan pula ikan sardin dengan kuahnya sekali (jgn terlalu halus). Tambah air jika perlu. Campurkan ke dalam bahan tumisan. Kacau rata.
  • Tambahkan air untuk kuah, agak2 kepekatannya. Setelah mendidih, masukkan bunga kantan, asam keping, daun kesum, gula & garam.
  • Renihkan dgn api kecil selama 10 minit. Siap utk dihidang..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN