Pencuci Mulut yang mudah & ringkas
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Harum Manis
Pencuci Mulut yang mudah & ringkas
BAHAN-BAHAN
- 300gm Gula Melaka
- 350ml Air
- 3 biji telur
- 150gm gula pasir
- 350gm tepung gandum – DIAYAK
- 1/2 sudu teh baking powder – DIAYAK
- 1 sudu teh bicarbonate of soda – DIAYAK
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu makan esen vanilla
- 50 gm mentega, dicairkan
- 4-5 biji pisang raja dihiris bulat tipis
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
- Pukul telur dan gula hingga naik.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
- Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
- Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
- Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan setengah penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
Awas: Ianya akan naik membuak & menyenget kalau letak 3/4 penuh.
- Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.