jangan tertipu kedai no pork

Suka makan di luar? Jangan tertipu kedai No Pork dan tiada sijil pengesahan Halal dari JAKIM. Asalkan nampak halal dan banyak pelanggan Islam, restoran itu pastinya menjadi pilihan untuk mengisi perut yang lapar.

Beberapa hari lalu tular di media sosial berhubung sebuah restoran nasi ayam claypot popular di Sri Petaling didakwa menggunakan ‘rice wine’ dalam masakannya.

Baca juga: Lelaki Ini Jelaskan Apa Maksud ‘Halal’ Yang Sebenar, Disebalik Isu Makanan Luar Negara

Pemilik restoran Abang Ameen Cuisine & Grill, Abang Ameen tampil berkongsi intipati sebenar kerjayanya sebagai chef apabila tidak semua gerai makan jujur ​​ketika memasak.

Ini kerana beliau sendiri terlibat secara langsung dalam dunia itu.

Ameen mendedahkan kepada khalayak maya realiti sebenar dunia masakan. Jelasnya, banyak perkara ‘tersembunyi’ yang tidak diketahui oleh rakyat biasa terutama yang melibatkan unsur syubhah atau status halalnya diragui.

Susulan perkongsian di laman Facebook peribadinya, apa yang ingin dikongsikan bukan bertujuan membuka dada atau menyinggung perasaan sesiapa, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman.


JANGAN TERTIPU KEDAI NO PORK, INI PENDEDAHAN DARI CHEF 

kedai no pork

Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicik kan. Berwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan.

Hi Salam semua, sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isi nya ada tapi permulaan nya sangat sukar untuk saya buka mukadimahnya.

Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangat lah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikkan itu.

Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata, saya telah memasak pelbagai hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram. Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuk lah anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapat kan isinya.

jangan tertipu kedai no pork

Ular sawa dan katak itu adalah hidangan biasa. Segala-galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan Wine, Samsu, Sake ,Vodka dan Tequila. Ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan.

Lemak-lemak protein haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) kepada masakan. White stock dan roux yang di hasilkan menjadi Veloute. Lalu, ia di gunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi.

Darah dan lemak juga sering digunakan untuk menghasilkan stock. Ia dimasak hingga sebati dengan ramuan yang mana, bila kita hirup rasa feel nya tidak dapat di gambarkan dengan perkataan.

Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan. Jadi, ingin saya berpesan disini, berhati-hati lah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar.

Terutama sekali Nasi Ayam, Mee Kari, Sup dan segala makanan jenis berkuah. Carilah yang halal bukan yang shubhah. Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dahsyat. Hanya kami yang mengetahui.

Mohon maaf ampun seribu ampun jika penulisan ini menyinggung sesetengah pihak. Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Inilah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.

Mohon maaf sekali lagi pada semua. Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua.

Pada semua Chef Muslim, Memasaklah dengan penuh beretika dan tanggung jawab. Kita semua akan di pertanggunganjawabkan atas segala galanya.

Hanya kepada Allah kita berserah. Wallahhualam.

Nota kaki: Ini adalah gambar-gambar lama, bukan gambar terkini. Ada banyak lagi yang tidak manis untuk saya upload di sini.


Jadi, marilah sama-sama kita cuba mencari sumber makanan yang dijamin status halalnya. 

Sumber: Facebook Abang Ameen

Baca juga: Semak Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang JAKIM Iktiraf, Wajib Tahu Tau! 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN