Dimakan begitu saja atau dengan kuah kari.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini Murtabak

Dimakan begitu saja atau dengan kuah kari.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit popia saiz sederhana atau besar
  • << Bahan Membuat Inti >>
  • Bawang kecil dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • 6 tangkai cili kering diblender (2 sudu)
  • 2 sudu serbuk kari
  • 4 biji ubi kentang – saiz sederhana – dipotong dadu
  • Ayam/daging (Ikut suka)
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sampai layu. Masukkan cili blender. Biarkan sekejap dan masukkan serbuk kari. Biarkan atas api seketika.
  • Masukkan ubi kentang. Tuangkan sedikit air. Agak-agak sekadar untuk mengempukkan kentang. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup dan biarkan seketika hingga kentang empuk dan air sejat. Inti mestilah kering.
  • Bentangkan kulit popia. Letak di atas kulit popia lebih kurang 3 sudu inti. Kulit popia dilipat.
  • Panaskan kuali leper. Lengserkan dengan minyak kelapa atau mentega. Letakkan murtabak mini. goreng hingga garing atau kekuningan.
  • Sedia untuk dihidang. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan kuah kari. ~Selamat Mencuba ~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN