resipi sendiri, sejak zaman student2 dulu. boleh modify ikut citarasa masing2 atau ikut apa bahan2 yg ada dlm fridge :-)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Basic Potato Salad
resipi sendiri, sejak zaman student2 dulu. boleh modify ikut citarasa masing2 atau ikut apa bahan2 yg ada dlm fridge :-)
BAHAN-BAHAN
- 4 biji kentang (saiz sederhana)
- 1 biji telur rebus
- 1/2 cawan mayonis
- garam + pepper secukup rasa
- jus lemon (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Kupas kulit kentang, potong dadu tapi jangan terlalu kecil (~6-8 bahagian utk sebiji kentang). Rebus hingga empuk. Make sure jangan terlalu empuk, takut hancur semasa digaul dgn salad dressing.
- Utk salad dressing, lenyek kan telur rebus. Masukkan mayonis & kacau hingga sebati.
- Masukkan garam, pepper & jus lemon dan kacau lagi. Boleh juga tambah daun bawang, parsley, etc.
- Tuang salad dressing ke atas kentang yg dah disejukkan. Gaul perlahan2 supaya kentang tak hancur.
- Simpan dlm peti sejuk. Hidangkan sebagai side dish utk western food – ayam goreng/steak/etc.
- Note: Dalam gambar di atas tu, saya tambah jagung, capsicum merah, hijau & kuning.
- Boleh tambah other veggies – celery, carrot, tomato kalau suka. Tambah epah hijau pun sedap.
- Utk buat inti sandwich pula, boleh tambah tuna atau shredded chicken (leftovers).
- Selamat mencuba! :-)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.