sesuai utk sarapan, minum petang, snack. masakan indonesia, belajar dari maid.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bakwan jagung (cucur jagung)

sesuai utk sarapan, minum petang, snack. masakan indonesia, belajar dari maid.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan isi jagung (saya guna jagung dlm tin)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1-2 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar
    (potong halus2)
  • sedikit ikan bilis (resipi asal tak de ikan bilis)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya (~ 1 cawan lebih sikit)
  • Minyak utk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak & goreng bawang, ikan bilis sebentar. (resipi asal tak perlu goreng, tapi saya rasa lagi sedap kalau bawang/ikan bilis digoreng dulu)
  • Masukkan jagung, tepung, telur, garam & gula kedalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.
    (Consistency batter ni mcm buat cucur/cekodok biasa)
  • Masukkan bawang/ikan bilis goreng ke dalam bancuhan & kacau hingga sebati.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, boleh lah goreng bancuhan tepung. Guna api sederhana, goreng hingga kekuningan.
  • Setelah di angkat, toskan atas kitchen paper towel. Siap utk dihidang, boleh dicicah dengan sos cili/tomato, mayonis. Makan macam tu je pun sedap. Selamat mencuba!
  • Note: Kalau tak nak goreng, boleh juga di masak mcm pancake. Cairkan sedikit bancuhan, masak guna non-stick pan mcm masak pancake. Tapi rasa nye version yg goreng lagi sedap. ;-)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN