bihun goreng singapore

Bihun Goreng Singapore merupakan hidangan mi atau bihun yang digoreng dengan rempah-rempah istimewa yang sering ditemui di Singapura.

Cara membuat bihun versi ini ialah dengan menggoreng bahan utama seperti bihun, daging, udang dan sayur-sayuran dalam rempah pedas sehingga masak.

Baca juga: Tip Masak Bihun Goreng Sedap, Masukkan SATU Bahan Ini Dalam Tumisan

Lazimnya, menu ini dihidangkan dalam keadaan panas dan amat mudah untuk dimasak kerana ianya tidak memerlukan banyak bahan.

Berbeza dengan bihun goreng yang biasa kita lihat, bihun goreng ini putih warnanya. Selain daripada itu, ia juga ada rasa pedas sensasi yang didapati oleh lada hitam.

Ikuti resipi penuh dari perkongsian Encik Zaky Mat Ali ini. 


RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE

Salam semua sahabat. Saya nak share resipi Bihun Goreng Singapore. Makan bersama sambal kicap memang sedap!

bihun goreng singapore

Bahan-bahan kisar:

  • 3-4 biji bawang merah
  • 5-6 biji bawang putih
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 sudu udang kering
  • 2 inchi halia

Bahan-bahan utama:

  • 400 gram bihun jenama Faiza (bihun lembut dan tak mudah hancur)
  • Udang (dibuang kulit)
  • Isi ayam
  • Fish Cake
  • Daun kucai
  • Lobak merah
  • Cili
  • Garam/ Gula

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
2. Masukkan isi ayam, fishcake dan udang. Masukkan garam dan gula.
3. Masukkan bihun, lobak merah, kucai dan cili. Siap!


Selamat mencuba resipi bihun goreng versi Singapura ini. 

Sumber: Facebook Zaky Mat Ali

Baca juga: Bihun Goreng Kicap Seafood, Sedap Dan Pastinya Korang Puas Hati!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN