Sedapnya kalau dapat meratah Kerabu Kerang hari ini. Mari kita buat cara kampung. Memang autentik dan sedap rasanya bila guna resipi ini.
Kerabu Kerang merupakan hidangan Melayu yang popular di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain.
Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini
Hidangan ini diperbuat daripada kerang laut yang direbus dan dicampur dengan pelbagai bahan lain untuk menghasilkan hidangan yang segar dan berperisa.
Berikut adalah cara membuat Kerabu Kerang gaya kampung menerusi perkongsian resipi Cik Puan Tini Merah Jambu.
RESIPI KERABU KERANG CARA KAMPUNG
Siapa suka meratah kerabu? Memang ‘feveret’ saya meratah kerabu. Dari dulu, kini dan selamanya. P/s: Anda boleh adjustkan rasa masam , pedas mengikut selera masing-masing.
Bahan-bahan:
- 1kg kerang
- 5 batang serai
- 2 biji besar bawang holland
- Cili padi 12 biji (ikut pedas masing-masing)
- Kerisik kampung 1 paket
- Belacan besar ibu jari
- 2 biji limau nipis
- Air asam jawa pekat 2 sudu besar
- Taugeh
- 1 ikat Daun selom
- 1 ikat Pucuk gajus
- Pucuk paku jika ada – dicelur
- Sedikit garam
Cara-cara penyediaan kerabu:
1. Rebus kerang, ambik isi sahaja.
2. Tumbuk cili padi bersama belacan. Kemudian tumbuk pula serai hingga hancur .
3. Hiris halus semua bahan-bahan seperti daun selom, daun gajus, dan bawang holand.
4. Celur sedikit tauge dan jangan terlalu lembik.
5. Campur semua bahan-bahan kerabu iaitu kerang , ulam-ulaman, bahan yang ditumbuk, asam jawa, perah limau, kerisik, bawang holand dan garam kemudian gaul sebati. Dah siap.
Kerabu jenis ini akan mempunyai rasa segar, masam dan pedas yang tersendiri. Selamat mencuba resipi yang lazat dengan gaya kampung ini!
Sumber: Facebook Tini Merah Jambu
Baca juga: Cara Cuci Kerang Tanpa Sental Satu Persatu, Jimat Tenaga Nak Buat!