resepi ayam berempah

Resepi ayam goreng berempah ini sangat istimewa kerana serai, halia dan lengkuas ditumbuk berasingan untuk menghasilkan tekstur serdak yang bertali dan rangup apabila digoreng.

Penggunaan serai yang banyak akan menjadikan ayam lebih sedap dan wangi. Selain itu, ayam juga akan lazat berganda jika diperap lebih lama.

Ayam goreng berempah sangat sesuai dimakan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Makan dengan nasi putih pun boleh juga! Jika ada yang mahu mencuba, jom ikuti resipi perkongsian oleh Mariana Zainal di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cili Kering Ala Restoran Cina, Simple & Sedap!

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (basuh dan toskan)

Bahan-bahan kisar:

  • 3 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • Secubit jintan putih (tak nak letak pun tak apa)
  • 2 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia nak 2 potong memanjang
  • Sebesar ibu jari lengkuas
  • 6 batang serai (potong 2 atau 3 bahagian)

Kisar serai, halia dan lengkuas terlebih dahulu, kemudian tapis dan perahkan. Ketepikan. Seterusnya kisar kasar bahan-bahan lain dan tapis.

Bahan-bahan lain:

  • 2 sudu besar rata serbuk cili
  • 4 sudu besar membukit serbuk kari daging @ ayam
  • 4 sudu besar rata tepung jagung
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Daun kari secukupnya
  • Sedikit air

Cara-cara:

1. Lumur semua bahan pada ayam dan perapkan selama 1 jam atau lebih. Lagi lama akan menjadi lebih sedap.

2. Sedia untuk digoreng menggunakan api sederhana. Jangan guna api kuat nanti ayam hitam di luar, tapi di dalamnya masih mentah.

resepi ayam goreng berempah

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal

Baca juga: Perap Ayam Goreng Dengan ‘Bahan’ Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN