Peminat teh Earl Grey akan suka rasa dan bau kek ni. Memang best, especially kalu disapu labneh atau cream cheese sebelum dingap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Earl Grey

Peminat teh Earl Grey akan suka rasa dan bau kek ni. Memang best, especially kalu disapu labneh atau cream cheese sebelum dingap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 4 uncang teh Earl Grey (Twinnings brand is the best, Lipton punya bergamot aroma tu kurenggggg)
  • 1/3 cawan air mendidih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180 darjah. Lenserkan tin kek dengan sedikit butter dan taburkan sedikit tepung. Rendamkan uncang teh dalam 1/3 air mendidih tadi dan biarkan sejuk.
  • Satukan tepung, koko, baking powder, dan garam dalam satu bekas dan ayak.
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung dan air teh yang sejuk tadi kedalam adunan telur berselang seli. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan kek dan bakar selama 40-50 minit. Pastikan rak oven di tengah tengah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN