cara cuci buah anggur

Buah-buahan seperti anggur biasanya disalut dengan lilin untuk memastikan buah tersebut kekal segar dan tahan lama. Jadi bagaimana cara cuci buah anggur untuk menghilangkan kesan lilin tersebut?

Sebelum itu, MyResipi ingin kongsikan apa fungsi selaput lilin itu. Ia berfungsi menjadikan kulit luar buah-buahan kelihatan segar serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan buah busuk.

Oleh sebab itu, anda harus mencuci buah-buahan tersebut dengan teliti bagi menghilangkan kesan lilin itu.

Ada cara mudah untuk menghilangkan kesan lilin seperti yang dikongsikan oleh Puan Ida Radzi di bawah. Baru dijamin lagi bersih sebelum dimakan.

Baca juga: Masam Masam Manis Buah Oren Rupanya Ada 12 Khasiat Ini, No. 5 Itu Paling Ramai Suka!

CARA CUCI BUAH ANGGUR UNTUK BERSIHKAN SELAPUT LILIN

“Ada yang pernah cuba petua ni? Baru ini adik ada share petua cuci buah anggur dari Instagram.

Cuci dengan tepung gandum, gosok-gosok anggur dengan tepung gandum bersama sedikit air. Kemudian rendam kejap dalam 3 hingga 4 minit saja, kemudian bilas.

Memang beza, biasa lepas cuci pun ada nampak macam putih-putih tu kan. Ini keluar habis, yang itu mungkin punca lepas makan jadi batuk-batuk. Boleh la cuba bagi peminat buah Anggur ni.”

cara cuci buah anggur

Baca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis

Sumber: Ida Radzi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN