Ada cara buat donut bulat yang mudah dan comel-comel yang anda boleh cuba disini. Anak-anak mesti teruja untuk menikmati pemanis mulut ini sebab boleh terus ‘ngap’ di mulut.
Cara penyediaannya juga mudah dan ringkas kerana hanya mengunakan dua bahan kemudian digoreng di dalam minyak yang banyak (teknik deepfry).
Baca juga: Donut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook
Bagi yang baru belajar masak pun menjadi buat resipi ini dan naik gebu macam donut biasa. Nak letak apa-apa topping pun seronok sebab dapat menambahkan lagi kecomelan donut bulat ini.
Mari ikuti resipi mudah dari perkongsian dari Elmo World Kitchen menerusi hantaran Faecbook Ibu Resepi ini.
CARA BUAT DONUT BULAT COMEL
Donut comel permintaan anak-anak. Hanya guna dua bahan sahaja, tepung naik sendiri + plain yogurt. Simple sangat! Anak gembira, mak pun teruja. Laju kerja omak-omak sebab dapat sediakan kuih kegemaran anak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 190gram yogurt asli
- 1 cawan tepung naik sendiri
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan tepung naik sendiri dan yogurt, kaup-kaup sahaja. Adunan ini memang lembik sebab itu guna piping bag, kalau tiada piping bag. boleh guna plastik bungkus lauk, potong bucu plastik.
2. Panaskan minyak masak, minyak banyak sedikit macam nak deep fry.
3. Tekan adunan dalam piping dan gunting ikut sukatan yang anda nak ke dalam minyak.
4. Mula-mula nampak adunan tenggelam sedikit tapi biarkan kerana ia akan timbul.
5. Masak sehingga warna donut emas keperangan. Angkat tos, letak dalam gula atau celup dalam coklat cair. Sedia dihidang.
Nak buat banyak untuk stok frozen pun tiada masalah. Tinggal terus goreng saja sambil menikmati secawan teh panas. Selamat mencuba resipi Donut Bulat ini.
Resipi oleh: Elmo World Kitchen
Baca juga: Donut Salted Peach, Terasa Lemak-lemak Masin Butter Yang Cair Itu!