bepang kacang

Kuih bepang kacang merupakan salah satu makanan legend yang masih digemari ramai sehingga sekarang.

Ia diperbuat dari kacang yang disaluti dengan gula cair. Apabila sejuk, ia akan menjadi sangat rangup dan tidak jemu dimakan.

Bepang kacang tanah ini juga sedap dimakan sambil menonton televisyen. Tapi jangan makan terlalu banyak, risau kena kencing manis pula.

Jika di tempat anda susah nak jumpa orang jual kuih ini, apa kata jom kita cuba buat sendiri saja di rumah.

Baca juga: Resipi Jajan Legend Sagun Kelapa, Teringat Kecil-Kecil Dulu Selalu Makan

RESIPI BEPANG KACANG TANAH

Bahan-bahan:

  • 500gm kacang tanah (disangai, tumbuk & buang kulit)
  • 50gm bijan (disangai)
  • 500gm gula pasir (2 cawan)
  • 2 sudu besar marjerin

Cara-cara:

1. Goreng kacang tanah tanpa menggunakan sebarang minyak. Angkat kacang dan buang kulitnya. Kemudian, tumbuk sehingga sedikit patah tapi jangan hancur.

2. Seterusnya, goreng bijan tanpa minyak. Angkat dan ketepikan seketika.

3. Cairkan gula pasir, masukkan marjerin. Masak sehingga gula cair dan menjadi warna karamel.

bepang kacang

4. Kemudian, masukkan kacang yang sudah ditumbuk berserta bijan yang sudah disangai tadi. Gaul sebati. Asingkan sedikit bijan tabur ke atas dulang atau apa-apa asalkan bukan plastik. 

5. Bila sudah bercampur rata, tuangkan ke atas loyang yang sudah ditabur dengan bijan.

6. Kemudian, gelek dengan penggelek yang sudah dibalut senduk kayu dengan plastik yang sudah disapu minyak. Gelek sehingga menjadi rata.

7. Bila dah rata, ambil pisau tajam dan potong mengikut bentuk yang disukai semasa ia masih panas. Proses perlu cepat sebelum sejuk.

8. Setelah sejuk. Boleh patahkan ikut potongan tadi. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

bepang kacang

Kredit resipi dan gambar: Azian Ilmar

Baca juga: Cara Buat Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Kuih ‘Legend’ Yang Masih Digemari Ramai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN