main hentam jugak ni labu oii!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pau Simple
main hentam jugak ni labu oii!
BAHAN-BAHAN
- 500 gram tepung gandum
- 3 sudu besar gula
- 6 sudu besar minyak masak
- 1/2 peket mauripan instant yeast
- 1 sudu teh garam
- air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Satukan tepung,gula,garam,minyak dan mauripan dalam bekas
- Gaul bahan tadi sebati
- Uli campuran bahan – bahan tadi dengan air,sedikit demi sedikit sehinga tidak melekit
- Biarkan doh tadi naik selama 10 minit atau dua kali dari saiz asal
- Inilah doh tersebut setelah 10 minit
- Buat doh yang lebih kecil untuk diisi dengan inti. (Pastikan saiznya kecil kerana bila dikukus nanti akan jadi lebih besar lagi.)
- Leperkan dan isikan dengan sebarang inti kesukaan anda. (disini saya guna inti kacang merah,buat sendiri)
- Panaskan periuk untuk mengukus. Masukkan pau yang telah siap tadi sewaktu air dalam periuk sedang mendidih. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
- Pau ni sesui juga untuk digoreng
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.