resepi asam tumis berapi…kaww!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Tumis Ikan Pari Liza

resepi asam tumis berapi…kaww!

BAHAN-BAHAN

  • 2-3 keping isi ikan pari
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi
  • 3-4 cm belacan
  • 5-6 sudu makan cili giling
  • 3-4 cawan air
  • 7-8 biji kacang bendi
  • 3-4 biji cili merah
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 biji buah tomato
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Isi ikan pari dipotong-potong…untuk menghilangkan hanyir, basuh ikan pari dengan air bercampur sedikit tepung gandum…
  • Isi ikan pari yang telah dibersihkan kemudiannya dilumur dengan garam dan kunyit…
  • Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi…Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi…Masukkan belacan lalu dihancurkan…Masukkan pula cili giling…Kemudian masukkan air…
  • Setelah hampir mendidih, masukkan ikan…Masukkan cili merah yang dibelah dua…Kacang bendi dimasukkan satu-persatu sambil dibelah dua pada permukaan kuali/periuk…Ini untuk mengelakkan kacang bendi itu berlendir…
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan…Kemudian, masukkan buah tomato…Tambahkan air asam jawa…Kecap rasanya…Jika perlu,tambahkan asam keping…Bubuh garam secukup rasa…
  • Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas :P

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN