Kuih Coconut Blossom, juga dikenali sebagai “Kuih Bunga Kelapa” atau “Kuih Kelapa Gajus,” ialah sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia dan Singapura.
Baca juga: Kuih Kaswi TERGEDIK-GEDIK, Resipi Untuk 5 Perisa Yang Boleh Dicuba!
Ini adalah kuih yang lazat dengan rasa aroma kelapa yang kuat dan tekstur yang lembut. Berikut adalah resipi asas menerusi perkongsian dari Cik Puan Zaleha Saini.
RESIPI KUIH COCONUT BLOSSOM
Bahan-bahan utama:
- 3 biji telur – sejuk
- 250g gula halus
- 280g tepung Kek
- 2 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar ovalette
- 140g krim santan
- Jus pandan 30g – kisar kira-kira 6 daun pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau – saya menggunakan pes pandan
Bahan-bahan inti:
- 1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula melaka
- 2 sudu besar gula putih – boleh lebih kalau nak manis
- Sedikit garam
- 2 helai daun pandan – disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
- 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan inti dalam kuali kecuali tepong jagung dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga merengas dan separa kering dan taburkan tepong jagung. Kacau dan angkat dan ketepikan
3. Pukul semua bahan sehingga pekat dan gebu.
4. Isi 1/3 acuan (dilapisi dengan cawan kertas) dengan adunan.
5. Kemudian, isi dengan 1 sudu besar inti kelapa dan isi semula adunan sehingga acuan hampir penuh.
6. Kukus dengan api yang tinggi selama 15 minit.
7. Setelah masak, biarkan kuih sejuk dahulu sebelum sedia untuk dihidangkan.
Kuih Bunga Kelapa ini mempunyai rasa kelapa yang kaya dengan lapisan atas yang manis dan sedap. Anda boleh menghidangkannya sebagai pencuci mulut atau makanan ringan tradisional. Selamat mencuba.
Baca juga: Kuih Belebat Keledek Oren, Macam Orang Dulu-Dulu Guna Resipi Ini