ikan pari kering

Jom cuba resipi sambal ikan pari kering yang lazat dan rangup. Ikan kering jenis ini kalau dimakan kosong pun sudah cukup sedap, apatah lagi jika digaul sambal.

Untuk memastikan ikan kering kekal rangup selepas digaul dengan sambal, ada petua yang perlu dilakukan semasa proses memasak.

Kalau nak tahu resipi lengkap, ikut saja perkongsian oleh Zizah Mizie di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Gulai Betik Muda Dengan Ikan Kering, Lauk Tradisi Orang ‘Nismilan’

RESIPI SAMBAL IKAN PARI KERING

Bahan-bahan:

  • Ikan pari kering (empunya resipi beli yang nipis)
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

1. Potong kecil ikan pari, basuh dan toskan airnya.

ikan pari kering

2. Panaskan minyak dan goreng ikan kering tadi menggunakan api yang kuat. Bila dah garing, angkat dan toskan minyaknya.

3. Kurangkan minyak sisa goreng ikan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris.

4. Bila dah naik bau, masukkan pula cili kisar.

5. Seterusnya perasakan dengan garam secukupnya mengikut tahap kemanisan ikan pari kering anda.

6. Masukkan juga perisa dan sambung tumis sambal sehingga garing.

7. Akhir sekali, masukkan ikan kering yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati dan tambah perasa jika perlu.

8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ikan pari kering

Tips ikan kering kekal rangup:

  • Sejukkan sambal terlebih dahulu supaya ikan jadi garing. Bila sambal dah sejuk, baru masukkan ikan dan gaul rata dengan cili.

Kredit resipi dan gambar: Zizah Mizie

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Kering, Ini Petua Kekal Rangup Selepas Digaul Cili

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN