resepi sardin masak paprik

Pasti ramai dah biasa masak paprik ayam, paprik daging atau paprik campur kan? Kali ini jom kita cuba resepi sardin masak paprik yang nampak sangat sedap dan menyelerakan ini.

Sardin merupakan salah satu menu yang paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Dimakan pula dengan nasi panas dan digandingkan dengan telur dadar pasti boleh menambahkan selera sesiapa sahaja!

Bagi yang tidak pernah mencuba pasti tertanya-tanya bagaimana rasa sardin masak paprik. Oleh itu, mari  ikuti langkah demi langkah penyediaan menu ini seperti yang dikongsikan oleh Elvianna El-Zahra di bawah.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Sardin Yang Lazat, Suami Siap Suruh Jual!

RESEPI SARDIN MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:

  • 2 tin sardin
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • Cili merah – hiris
  • Cili padi – ketuk
  • Daun limau purut
  • Serai – ketuk
  • Halia – ketuk
  • Daun bawang – hiris
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • Jagung muda
  • Kacang panjang
  • 1 biji kentang – digoreng hingga sedikit layu
  • 2 biji tomato – potong 4
  • Cili kisar
  • Sos cili 
  • Sos tiram
  • Perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, biarkan hingga sedikit garing.

2. Kemudian masukkan cili padi dan serai.

3. Masukkan juga cili merah dan kentang.

4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Gaul semua bahan hingga sebati.

5. Masukkn daun limau purut dan sedikit air.

6. Tambahkan lobak merah, kacang panjang, kobis bunga dan jagung muda. Tutup periuk seketika hingga semua sayur lembut.

7. Apabila semua sayur sudah lembut, masukkan sardin dan tomato.

8. Perasakan dan akhir sekali taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

resepi sardin masak paprik

Kredit resipi & gambar: Elvianna El-Zahra

Baca juga: Cara Buat Roti Sardin Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak dan Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN