sejenis makanan laut yang esotik..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sepahat Goreng Berlada
sejenis makanan laut yang esotik..
BAHAN-BAHAN
- 200g Sepahat (sejenis siput berbentuk buluh)
- 3 sudu cili boh
- 2 sudu sos tiram
- 2 ulas bawang putih cincang
- 2 batang serai
- Garam & Gula secukup rasa
- Bawang besar (potong bulat)
CARA PENYEDIAAN
- Cuci dan rebuskan sepahat sehingga empuk. Kemudian toskan airnya.
- Tumis bawang putih dan cili boh hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan serai (ketuk).
- Bubuh garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan sepahat dan gaul rata.
- Akhir sekali masukkan bawang potong bulat sebagai hiasan. Jika mahu lebih kuah, tambahkan sedikit air, tutupkan kuali dengan api kecil sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.