chef adu amran

Chef Selebriti, iaitu Chef Adu Amran yang sering dikenali sebagai juri Masterchef Malaysia dan Dapur Tempur, telah berkongsi tip untuk membuat sambal nasi lemak yang sedap. 

Perkongsian beliau di laman TikToknya telah meraih tontonan sehingga 687.8K dan 25k tanda suka sehingga trending. 

Baca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata

Umum mengetahui bahawa sambal nasi lemak sangat penting kerana ia merupakan ‘penanda’ sama ada nasi lemak tersebut sedap mahupun tidak. Ia juga bergantung kepada rasa dan cara memasak sambal nasi lemak bagi seseorang.

Disebabkan itu, tip dari Chef Adu ini meraih perhatian sehingga ramai yang ingin mencuba. Tanpa membuang masa, mari lihat petuanya. 


TIP SAMBAL NASI LEMAK SEDAP CARA CHEF ADU AMRAN

chef adu

Menurut Chef Adu, tip untuk membuat sambal nasi lemak yang sedap, mula-mula anda perlu membuat cili kisar sendiri.

  • Untuk mendapatkan cili kisar yang baik, anda perlu merebus cili kering sehingga tiga kali dan kemudiannya cuci juga sehingga tiga kali. Ulang langkah yang sama untuk beberapa kali.
  • Kemudian cili kering yang direbus tadi boleh dikisar dan hanya dimasukkan air secukupnya.
  • Letak tepi cili kisar tadi dan kini anda boleh beralih untuk membuat sambal pula.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang sudah dicuci bersih. Goreng sehingga garing ikan bilis tadi untuk mendapatkan tekstur yang sedap.
  • Gunakan minyak yang sama, kini anda boleh tumiskan cili kisar yang dikisar sebentar tadi. Tumis cili kisar harus menggunakan minyak yang banyak.
  • Selepas sambal sudah masak dengan cantik dan pecah minyak, langkah seterusnya adalah dengan memasukkan air asam jawa.
  • Selesai masukkan air asam jawa, anda kini boleh masukkan bawang yang dihiris bulat dan bawang putih. Nak sedap bawang kena letak banyak. 

Selamat mencuba perkongsian tip dari Chef Adu Amran ini.

Baca juga: TikToker British ‘Claim’ Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia

Video penuh:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN