Sup bunjut merupakan bahan penting yang wajib ada jika mahu menyediakan sup ayam, sup daging atau sup tulang yang sedap.
Jika sebelum ini kita dah biasa beli sup bunjut yang ‘ready made’, kali ini apa kata kita buat sendiri di rumah.
Kalau buat sendiri, memang jimat! Maklumlah, harga seketul sup bunjut sekarang boleh tahan mahal juga. Betul tak?
Bahan-bahan di dalam bunjut ini juga biasanya memang ada di dapur rumah kita saja. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Udang Kering Homemade Guna Oven, Tak Perlu Jemur!
CARA BUAT SENDIRI SUP BUNJUT
Bahan utama (1 bunjut):
- Rempah biji (sesudu)
- Bunga lawang (2 ruas)
- Jintan manis (secubit)
- Bunga cengkih (2-3 kuntum)
- Kulit kayu manis (tak sampai 1/2 inci)
- Lada hitam (5-6 biji)
- Kain putih 2 inci persegi
Cara-cara:
1. Patahkan terlebih dahulu kayu manis dan bunga lawang, serta ketukkan supaya menjadi lebih kecil.
2. Bahan-bahan lain perlu ditumbuk kasar untuk menaikkan lagi aromanya.
3. Bentangkan kain putih yang sudah siap dipotong.
4. Kemudian ambil sedikit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk. Letak di atas kain putih.
4. Tutup semua ramuan dan ikat kemas menggunakan benang putih.
5. Siap, semoga bermanfaat!
Sumber: Nana Ismail
Baca juga: Serbuk Seasoning Cendawan ‘Homemade’, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG
Baca juga: Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade. Bau Lagi Wangi & Asli Tanpa Pengawet