kuih ropa

Kuih ropa ini tidak asing lagi dalam kalangan orang pantai timur. Orang Terengganu memanggilnya dengan nama kuih lipat.

Kalau dilihat dengan mata kasar, kuih ini seakan sama dengan murtabak. Tapi sebenarnya ia berbeza dari segi adunan tepung untuk kulit.

Tak susah pun nak buat kalau ada yang nak cuba. Ikut saja resipi yang dikongsi oleh Muliadi Ramli di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Paung Terengganu Terlajak Gebu, Uli Doh Guna Tangan Je!

RESEPI KUIH ROPA INTI IKAN TERENGGANU

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Dalam bekas yang bersesuaian, campur semua bahan diatas kecuali air dan minyak masak. Gaul rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga tidak melekat pada jari.

3. Rehatkan doh selamat 20 minit. Kemudian uli doh untuk kali kedua sehingga tekstur doh menjadi licin.

4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan bulat.

5. Sapukan doh dengan minyak atau marjerin. Rehatkan doh selama 30 minit.

Bahan-bahan inti:

  • 6 ekor ikan selayang – direbus dan ditumbuk
  • 1/2 kotak kecil santan
  • 3 biji bawang merah – dimayang
  • 1/2 inci halia – dimayang nipis
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 cawan air
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Untuk membuat inti, masukkan santan ke dalam air bersama air. Kacau sebati.

2. Kemudian masukkan ikan, bawang merah dan halia. Masak hingga kering atau lembap.

3. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

4. Masukkan juga cili yang dipotong nipis dan bawang besar. Masak sekejap dan tutup api.

kuih ropa

5. Ambil doh tadi dan canai hingga nipis.

6. Letakkan inti dengan secukupnya dan lipat doh.

kuih ropa

7. Panaskan kuali leper dengan api yang kecil. Letak sedikit minyak.

8. Goreng Lempeng Inti hingga kulitnya masak dan nampak keperangan.

kuih ropa

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

kuih ropa

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Baca juga: Resipi Sihat & Mudah, Mi Calong Terengganu Ini Sesuai Untuk Orang Diet & Berpantang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN