kuih talam berlauk

Apa kata anda cuba resipi Kuih Talam Berlauk Inti Ayam ini. Memang nampak mewah dan premium jika dihias. Sesuai dijadikan manisan sebagai pelengkap dulang hantaran merisik atau pertunangan. 

Bagi yang mencari-cari idea untuk hantaran manisan, bolehlah cuba membuat kuih talam berlauk ini untuk dijadikan sebagai tanda ingatan kepada bakal pasangan.

Baca juga: Inti Daging Blackpepper SERBAGUNA, Sesuai Buat Inti Semua Jenis Kuih

Selain diletakkan inti ayam, ia juga boleh dipelbagaikan lauknya. Boleh guna daging, udang dan sebagainya. Bahagian atas kena bagi seimbangkan rasa bahagian bawahnya yang agak tawar sedikit. Baru lah sedap nak makan. 

Tanpa membuang masa, mari ikuti resipi kuih tradisional dari Cik Puan Anida Azmi di Facebook ini. 


RESIPI KUIH TALAM BERLAUK INTI AYAM

bahan kuih talam berlauk

Bahan inti:

  • 500gram daging ayam kisar
  • Bawang Putih 3 ulas
  • Bawang Merah 5 ulas
  • Serbuk kari 2 sudu besar
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit air

Bahan bancuhan talam:

Cara-cara penyediaan:

1. Campur semua bahan bancuhan dan kacau hingga sebati. Kemudian tapis.

2. Sapu acuan dgn sedikit minyak. Boleh guna acuan kuih puteri ayu atau loyang.

3. Tuang bancuhan tadi dalam acuan. Kukus hingga masak. 

4. Sementara kuih talam tengah dikukus, boleh sediakan intinya pula. 

5. Bagi bahan inti, tumbuk kasar bahan. Kemudian, tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.

6. Masukkan sedikit serbuk kari (anggaran 2 sb) + sedikit lada hitam.

7. Masukkan sedikit air. Akhir sekali, masukkan isi ayam kisar dan perasakan.

8. Bila kuih talam sudah siap dikukus, boleh angkat dan terbalik jika diletak dalam acuan. Hias inti di atas mengikut kreativiti masing-masing.

9. Sedia untuk dijadikan hantaran manisan atau dimakan!

kuih talam berlauk


Selamat mencuba resipi Kuih Talam Berlauk ini.

Baca juga: Kuih Talam Pisang Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN