Couscous sangat mudah untuk dimasak dan baik untuk kesihatan :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Couscous

Couscous sangat mudah untuk dimasak dan baik untuk kesihatan :)

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan couscous
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cube ayam maggi
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 biji bawang besar dihiris halus
  • sedikit jintan putih
  • segenggam daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sudu besar tomato paste atau satu biji tomato dicincang halus
  • 3 sudu minyak zaitun untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih, bawang besar, dan jintan. Setelah naik bau, masukkan tomato paste, air, dan kiub ayam.
  • Setelah sup mendidih, rasakan masin sup. Tambahkan garam jika perlu. Masukkan couscous. Tutup api dan tutup periuk. Couscous akan masak dalam lebih kurang 3-5 minit.
  • Selapas lebih kurang 5 minit, buka periuk dan kuis-kuiskan coucous dengan garpu. Masukkan daun ketumbar yg dihiris tadi.
  • Bolehlah dihidangkan dengan apa apa lauk kesukaan anda. Gambar kat atas tu dengan udang dan cendawan bersos tiram. Macam makan nasi lemak.
  • *** Couscous yang dah siap dimasak ni boleh juga digoreng seperti nasi goreng. Cuba jangan tak cuba. Memang best!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN