Masakan kelate.. masa kecik2 dulu slalu tolong ma buat ni
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Percik Kelate
Masakan kelate.. masa kecik2 dulu slalu tolong ma buat ni
BAHAN-BAHAN
- Sekor Ayam
- 1 liter santan
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 3 Batang serai
- 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
- 1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
- 1 keping asam keping
- 3 tangkai cili kering
- Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
- Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
- Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
- Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
- Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
- Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
- Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.