Masakan Terengganu, makan petang – petang sambil nengok tv.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paung Pulut

Masakan Terengganu, makan petang – petang sambil nengok tv.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Untuk Inti Sambal Ikan
  • 3 ekor ikan selar/kembung/selayang
    rebus ngan asam keping dan garam pahtu perisikan (ambil isi ikan dan tumbuk)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, satu inci halia ,satu inci lengkuas ,satu batang serai (semua tumbuk atau mesin halus)
  • sedikit halba
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan untuk Doh/Kulit
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • garam sikit
  • 1/2 cawan kelapa parut
CARA PENYEDIAAN
  • Buat Inti Sambal Ikan Dulu
  • masukkan semua bahan kat dalam kuali, masak sampai kering. biarkan sejuk, sambil tu boleh buat kulit dia.
  • Untuk buat doh/kulit
  • campurkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam, masukkan air sikit – sikit.
  • ambik sikit adunan, bulatkan pah tu leperkan, masukkan inti sambal ikan tadi, dah tu tutup balik. ni terpulang nak buat besar mana pun, saya buat kecik – kecik je, senang nak makan.
  • goreng dalam minyak yang banyak, biar terendam. Bila dah kuning tu boleh angkat dan toskan minyak. makan sambil nengok bella petang – petang…..
  • inti sambal ikan ni boleh simpan kat peti ais, nak buat inti karipap pun boleh, tahan lama janji masak tu sampai kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN