rahsia tomyam putih

Rupa-rupanya, ada rahsia Tomyam Putih lagi sedap guna tips dari Puan Cik Nadzri ini. Menurut beliau, tukang masak memang memasukkan bahan ini untuk mengkayakan lagi rasa dan tekstur.

Jadi, jika nak jimat makan di kedai, boleh masak sendiri di rumah ikut cara ini. 

Berbeza dengan tomyam merah, versi ini kurang pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. Bahan yang sama cuma tomyam putih tidak menggunakan sebarang pes tomyam.

Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng

Rahsianya adalah tomyam putih ini dihasilkan dari air basuhan beras. Tiap orang ada caranya. Boleh cuba buat tom yam putih cara ini pula. Jom lihat langkah demi langkah di bawah. 


RAHSIA TOMYAM PUTIH SEDAP

rahsia tomyam putih sedap

1. Sediakan air cucian beras, ambil basuhan kali kedua. Masukkan dalam periuk dan nyalakan api.

2. Masukkan lengkuas.

3. Masukkan serai yang diketuk.

4. Masukkan ayam yang dipotong kecil

5. Masukkan lobak merah

6. Ketuk bawang putih, masukkan sekali dalam periuk

7. Masukkan bunga kubis.

8.Masukkan cili padi yang diketuk

9. Masukkan daun limau purut

10. Potong bulat bawang Holland dan masukkan sekali.

11. Masukkan 3 sudu sos ikan

12. Apabila lobak sudah empuk masukkan udang dan sotong.

13. Masukkan air perahan limau nipis.

14. Masukkan tomato yang dibelah.

15. Akhir sekali, supaya bau tomyam lebih menyerlah, masukkan daun ketumbar.

Siap sudah tomyam putih.

rahsia tomyam putih sedap


Selamat mencuba tips buat Tomyam Putih yang sedap ini.

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN