resepi ayam

Jom cuba resepi ayam untuk nasi ayam ini. Walaupun tidak menggunakan kicap, ayam akan tetap menjadi warna ‘coklat’ selepas digoreng.

Kalau nak tahu bagaimana caranya, ikuti resipi perkongsian oleh Puan Asnida Sharizal di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai ‘Viral’ Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan

RESEPI AYAM NASI AYAM TANPA GUNA KICAP

Bahan-bahan:

  • 1 jag air kosong
  • 3 sudu madu
  • 2 sudu cuka
  • 3 biji limau nipis (tapis biji dan ambil jusnya)
  • Ayam

Cara-cara:

1. Sediakan periuk. Masukkan 1 jag air kosong, 3 sudu madu, 2 sudu cuka dan perahan jus limau nipis.

2. Kacau sebati dan biarkan air mendidih. Kemudian mandikan ayam tadi sehingga kulitnya menjadi tegang.

3. Bila kulit ayam dah menjadi tegang, angkat dan toskan ayam tersebut.

4. Lumurkan garam dan biarkan air pada ayam menjadi kering. (Boleh gantung ayam itu)

5. Kemudian, goreng ayam sehingga warna bertukar menjadi coklat dan garing.

resepi ayam

Mudah saja kan? Walaupun tidak menggunakan kicap, ayam tetap menjadi warna coklat dan garing. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Asnida Sharizal

Baca juga: Tips Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap, Kena Sapu Butter & Minyak Bijan

Baca juga: Cara Masak Nasi Ayam Briyani Yang Sempoi Tapi Sedap, Lain Dari Lain

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN