Jom cuba resepi sup daging siam perkongsian oleh Saudara Ben Safwan di bawah. Resipi ini bukan saja mudah dan sedap, malah tidak menggunakan banyak minyak.
Sup daging siam ini sama seperti di kedai masakan Thailand. Namun, empunya resipi ada mengolah sedikit mengikut cita rasanya.
Baca juga: Resipi Daging Harimau Menangis ‘Juicy’, Buat Sendiri Baru Puas Makan
RESEPI SUP DAGING SIAM
Bahan-bahan:
- 500-800gm daging lembu tempatan
- 200ml air
Bahan-bahan sup:
- 500ml air
- 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
- 2 ulas bawang putih – ketuk
- 1 batang saderi panjang
- 1 batang akar daun ketumbar – ketuk
- 4-5 tangkai daun ketumbar
- 1-2 tangkai daun bawang
- 2-3 cili padi Thai – ketuk
- 1/2 bawang Holland saiz besar
- 2 biji tomato – belah 4
- 1 biji (saiz besar) limau nipis
- 3 sudu makan sos ikan
- Garam, serbuk perasa dan bawang goreng secukupnya
Cara memasak:
1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah Sup Siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api dapur, tutup periuk dan didihkan.
4. Bila sudah mendidih, perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Versi Tak Berkuah, Lagi Kering Lagi Sedap!