sangat mudah dan sedap!! hanya beberapa minit sahaja.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
kentang goreng bertelur lada hitam
sangat mudah dan sedap!! hanya beberapa minit sahaja.
BAHAN-BAHAN
- 3 biji kentang sederhana besar
- 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh lada hitam (biji)
- 1 biji bawang besar potong bulat
- beberapa tangkai cili padi (belah)
- 1 biji telur
- sedikit garam, serbuk perasa, dan air
CARA PENYEDIAAN
- kupas kentang dan potong kepada beberapa bahagian (terpulang pada cara masing2)
- di dalam mangkuk, gaul kentang dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan sedikit air (agak2 serbuk kentang itu berair sedikit). Perap selama 10-15minit. sementara perap kentang, tumbuk lada hitam sehingga lumat.
- goreng kentang sehingga masak, ketepikan. Air lebihan perap kentang tadi jangan dibuang. akan digunakan kemudian.
- panaskan kuali dengan 3,4 sudu minyak, tumis lada hitam hingga naik bau. masukkan kentang tadi. Gaul sebati. Masukkan air lebihan perap kentang tadi dan kacau. tambah sedikit garam dan akhir sekali, pecahkan telur dalam kuali dan kacau sebati. biarkan telur itu hancur.
- akhir sekali, masukkan bawang dan cili padi.. kacau lebih kurang dan… siaaaappppppp!!
- Note : mudah dan senang kaannn… boleh dimakan dengan nasi panas atau ratah sahaja. Bahan2 ni juga terpulang pada selera masing2. kepada yg suka pedas boleh lebihkan lada hitam dan cili padi. kepada yg nak berkuah, boleh lebihkan air. harap anda sudi mencuba ok! =)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.