Resepi dari mak mertua.. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi beriani

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Merah Berempah

Resepi dari mak mertua.. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi beriani

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • *1/2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • *5 ulas bawang merah
  • *1 biji bawang besar (kuning)
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • Cili giling (sukatan tu ikut suka. kalau nak kuah lebih, lebihkan cili giling)
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Potong ayam, bersihkan dan toskan. Kemudian, tumbuk atau blend kunyit hidup dan seulas bawang putih beserta garam secukup rasa. Perapkan ayam tersebut dengan kunyit yg ditumbuk tadi. Kemudian goreng. Ketepikan dulu ayam yg dah siap digoreng tadi.
  • Blendkan bahan-bahan yg bertanda *. Gunakan minyak tadi untuk menumis. Tumis kesemua bahan-bahan yg diblend tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Selang beberapa minit, masukkan cili giling.
  • Agak2 cili giling tu dah masak, masukkan sos cili dan sos tomato beserta garam dan gula secukup rasa.
  • Agak2 kuah tu dah masak, masukkan ayam goreng tadi dan kacau hingga rata. Dah pun siap resepi ayam masak merah berempah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN