resepi sup cendawan

Tak tahu nak malam apa? Jom cuba resepi sup cendawan ini. Ia boleh dikatakan menu sihat kerana tanpa gula dan MSG.

Menu ini juga sesuai untuk anda yang sedang menurunkan berat badan, atau secara ringkasnya sedang ‘diet’.

Resipi ini hanya menggunakan 6 bahan dan cara memasaknya juga sangat ringkas dan cepat. Saudari Sha Ramson Abdullah ada berkongsikan resipinya di bawah, jom cuba!

Baca juga: Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style, Tambah Selera Makan Untuk Anak Yang ‘Picky Eater’

RESEPI SUP CENDAWAN SIHAT

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dipotong nipis)
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih  (dititik)
  • Cendawan tiram
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • 2 biji telur
  • 5 hingga 6 biji cili padi (dipotong 2)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Kacau sekejap saja.

2. Seterusnya masukkan pula cendawan dan lada hitam secukupnya. Kacau sekejap.

3. Kemudian baru masukkan air untuk buat kuah. Gaul dan biarkan mendidih.

4. Bila dah mendidih, masukkan telur.

5. Perisakan dengan garam dan perasa secukupnya. Selamat mencuba!

resepi sup cendawan

Kredit resipi dan gambar: Sha Ramson Abdullah

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Tanpa Minyak, Mudah & Lebih Sihat Untuk Satu Keluarga

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN