Pernah cuba Sandwich Goreng Yam? Jika tidak pernah, anda harus cuba. Sangat sedap dan sesuai disajikan pada bila-bila masa. Intinya boleh dipelbagaikan selain dari keladi yam.
Boleh guna sardin, sambal tumis bilis, tuna dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Cara memsaknya juga cukup senang malah tidak menggunakan banyak bahan.
Baca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!
Resipi ini tiada sukatan sebab senang dan ringkas. Jika inti tercair boleh tambah yam, jika terlalu kering boleh tambah susu cair. Yang penting, ubi keledek perlu direbus dulu ya.
Selain itu, resipi ini menggunakan serbuk yam sebagai pewarna semulajadi. Jadi, ianya sesuai dimakan oleh anak-anak dan seisi keluarga berbanding pewarna tiruan.
Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Linda Safar ini. Pasti puas hati.
RESIPI SANDWICH GORENG YAM
Asyik sarapan pagi yang sama je kan. Jom buat menu ini pulak. Simple, sedap dan mengenyangkan. Anak-anak tentu suka.
Bahan-bahan:
- Kepingan roti
- Telur – untuk jadi salutan roti
- Ubi keledek ungu* – rebus dahulu
- Serbuk yam*
- Susu cair/susu pekat manis*
Nota: kisar halus bahan yang bertanda *
Cara-cara penyediaan:
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga menjadi seperti smoothie untuk dijadikan inti.
2. Potong kepingan roti.
3. Sapu inti dan buat sehingga menjadi 3 lapisan.
4. Celup ke dalam telur.
5. Gorengkan ia hingga permukaan roti masak. Tos dan ketepikan.
6. Sedia untuk dihidang!
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal