masakan yg ringkas bg penggemar lala
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Lala masak serai
masakan yg ringkas bg penggemar lala
BAHAN-BAHAN
- 500 gm lala – dibersihkan dan toskan
- 3 batang serai – dipotong serong
- 3 ulas bawang putih – diketuk
- 1in halia – dipotong panjang
- 5 biji cili api – diketuk
- 1 sb sos tiram
- 1 biji bawang besar – dipotong bulat
- daun bawang, tomato ceri
- garam dan gula utk perasa
- 2 sb minyak
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
- Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
- Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.