resepi apam nasi pandan

Resepi apam nasi pandan ini sangat mudah, sedap dan gebu. Ia merupakan kuih legend yang masih digemari oleh ramai orang.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat kuih ini adalah nasi. Jadi jika ada nasi yang tidak habis, boleh digunakan untuk buat kuih apam nasi.

Bahan-bahan yang digunakan tidak banyak mana. Malah cara penyediaannya juga tidak begitu renyah, mudah saja nak buat!

Baca juga: Buat Sendiri Apam Lenggang Di Rumah, Kena Guna ‘Kuali Lekuk’ Baru Menjadi Elok

RESEPI APAM NASI PANDAN

Bahan-bahan A:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1 ½ cawan gula
  • 2 cawan pati daun pandan

Bahan-bahan B:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 paket mauripan
  • Pewarna hijau

Bahan-bahan C:

  • ½ biji kelapa (bahagian putih)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Kisar nasi bersama gula dan air pandan. Kacau hingga sebati. Satukan agar sebati dan halus.

2. Satukan tepung gandum dan mauripan. Nasi yang dikisar tadi masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau sebati. Kacau sebati.

3. Masukkan pewarna hijau sedikit (jika suka) supaya lebih cantik. Perap selama satu jam setengah.

resepi apam nasi pandan

4.  Sambil panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan.

5. Kukus selama 20 hingga 15 minit adunan tadi. Sementara tunggu masak, gaulkan kelapa putih dengan garam.

6. Selepas kuih apam masak, bolehlah gaulkan atau letak kelapa di bahagian atas apam. Siap untuk dihidangkan.

resepi apam nasi pandan

Kredit resipi dan gambar: Fazilah Md Yussop

Baca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN