Jom amalkan air rebusan kempiskan perut ini pada setiap pagi untuk membantu menghilangkan perut buncit.
Bila berat badan semakin bertambah, secara automatik perut juga akan membuncit dan banyak penyakit lain yang datang seperti sakit lutut, sakit tumit, sakit urat dan banyak lagi.
Perut buncit juga akan menyebabkan kita malas bergerak. Kesannya, berat akan makin bertambah kerana tiada pergerakan yang dilakukan.
Jom kita sama-sama amalkan air rebusan ini pada setiap pagi. Lihat cara-cara di bawah untuk membuatnya.
Baca juga: Amal Air Rebusan Ini, Badan Akan Rasa Lebih Ringan & Segar Bila Bangun Pagi
RESIPI AIR REBUSAN KEMPISKAN PERUT
“Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg.
Selain jamu, Nurul amalkan air rebusan ni sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu.
Bila anak makin bertambah ni, Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak, tenaga pun sendu.
Ni nurul nak kongsi air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang.
Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam manis.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Lemon
- Kulit kayu manis
- Halia
- Serai
- Bunga cengkih
Cara-cara:
1. Rebuskan serai, bunga cengkih, halia dan kulit kayu manis di dalam periuk bersama air.
Lihat video di bawah:
2. Tuangkan air rebusan ke dalam cawan. Kemudian perahkan lemon.
3. Seterusnya, letakkan madu.
Tunggu suam dan sedia untuk diminum. Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Arija via Petua Cantik Dan Sihat
Baca juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan