makanan bergoreng

Makanan bergoreng sememangnya sangat sedap kerana teksturnya yang rangup. Tapi sebenarnya ia mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Sudah tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama buat mereka yang ada masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Namun begitu, jika anda sukar ‘meninggalkan’ masakan bergoreng, ada 3 cara menggoreng untuk mengurangkan minyak sekaligus menurunkan kadar kolestrolnya.

Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

3 CARA SUPAYA MAKANAN BERGORENG KURANG BERMINYAK

1. Guna Minyak Bersih

Elak menggunakan minyak yang sama berulang kali untuk menggoreng. Sebaliknya gunakan minyak yang bersih supaya makanan bergoreng selamat untuk dimakan kerana kadar kolestrolnya yang rendah dan tidak terlalu tinggi.

2. Pastikan Minyak Betul-Betul Panas

Sebelum mula menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas supaya lebih cepat garing dan masak.

Pada masa yang sama, makanan tidak akan menyerap terlalu banyak kolestrol dari minyak gorengan.

3. Tapis Makanan

Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan menjadikan makanan tak berminyak.

Kemudian letakkan makanan tersebut di atas pinggan yang dilapik tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia untuk dihidangkan.

Kredit petua: Laziz Kuih

Baca juga: Cara Rebus Ayam Kampung Supaya Cepat Lembut, Baru Jimat Gas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN