amat mudah, ringkas menarik.. ciptaan sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cendawan masak sayur

amat mudah, ringkas menarik.. ciptaan sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 1 inci halia (dihiiris )
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 10 biji cendawan butang dipotong dadu (x kisah yang segar or dari tin)
  • 2 batang ‘baby corn’ (di potong ikut selera masing2)
  • 1/2 batang lobak (potong ikut selera)
  • 10 batang kacang buncis (dipotong panjang)
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung ( dikacau besama 3 sudu besar air)
  • 1 biji telur (ambil putih sahaja)
CARA PENYEDIAAN
  • masukkan minyak ke dalam kuali yang sudah panas. Masukkan bawang putih,merah dan halia.Goreng sehingga naik bau.
  • masukkan lada hitam, kicap manis dan sos tiram.Biarkan ia menggelegak seketika masukkan cendawan bersama air dan sayuran tadi bersama garam.Biarkan sehingga mendidih dan sayur separa masak.(seeloknya masukkan cendawan dahulu, setelah mendidih baru masukkan sayuran)
  • Apabila sayuran dh nampak masak masukkan telur putih dan pastikan ianya sentiasa dikacau. Masak lagi sehingga telur betul2 cantik dan tidak berketul.
  • akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dikacau bersama air tadi ke dalam sayuran dan cendawan tadi. Kacau dan masak dlm 1 minit.Kemudian bolehlah dihidangkan..amat mudah!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN