nasi bukhari

Jom buat Nasi Bukhari dan Kuah Dalca untuk menu juadah orang datang beraya ke rumah nanti. Memang makan bertambah dibuatnya.

Musim raya ini, pasti ada yang plan nak buat majlis berbuka di rumah kan. Apa kata selitkan sekali resipi ni. Mesti ramai yang bertambah-tambah nasi nanti. Nasi ni memang sesuai sangat untuk raikan tetamu.

Baca juga: Sate Dan Kuah Kacang Cara Simple, Memang Sedap Untuk Juadah Raya

Nak resipi yang mudah? Jangan risau. Follow je resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Mudah sangat ye! Rasanya nak masak dalam rice cooker pun boleh sangat.

Kalau terasa tekak nak makan nasi bukhari, tak perlu lagi nak beli kat luar. Masak sendiri kat rumah lagi puas hati. Beli kat luar pun boleh tahan mahal juga. Lagi jimat masak sendiri. Kebersihannya pun terjamin.


RESIPI NASI BUKHARI DAN KUAH DALCA

Cara Buat Nasi Bukhari: 
nasi bukhari
Bahan A – (tumis) 
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 3-5 biji buah pelaga
  • 3-5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu minyak sapi untuk menumis
Bahan B – (bahan-bahan lain)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
  • 2 cawan beras basmathi/biasa – dibersihkan dan ditoskan
  • 1 batang daun ketumbar – dihiris halus
  • Secubit garam
  • Sedikit gula
Cara memasak Nasi Bukahri:
1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau (Gunakan periuk nasi kalau boleh).
2. Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
4. Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.

Cara Buat Kuah Dalca

kuah dalca
Bahan kuah dalca: 
  • Kacang dhal (rendam semalaman, lepas tu rebus sehingga empuk)
  • 1/2 peket rempah dal (cari di kedai india)
  • Bawang putih, merah, halia (siap dikisar)
  • Asam keping
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 sudu besar biji sawi
  • Cili kisar
  • 1/2 kg Daging(direbus)
  • Santan (optional)
  • Terung diptong bulat
  • Kentang dipotong 4
  • Lobak merah dipotong
  • Kacang panjang hiris memanjang
Cara penyediaan: 
1. Tumis bahan kisar, rempah sekawan, biji sawi.
2. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan bancuhan rempah kacang dhal ..tumis lagi sampai dia pecah minyak, tambah air jika perlu. Masukkan daging tumis lagi.
4. Lepas tu masukkan kentang dan lobak merah, masak sehingga empuk. Bila dah empuk baru masukkan kacang dhal yang sudah direbus.
5. Kacau rata masukkan terung, kacang panjang dan tomato. Bila pekat tambah lagi air dan letak garam secukup rasa.
6. Masak sehingga siap dan boleh dihidang.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN