rendang tok

Rendang Tok, nama rendang ini selalu meniti di bibir penggemar selera tradisional. Ia cukup terkenal di negeri Perak dan kini populariti makanan itu sudah menjalar di seluruh negara. 

Hidangan masakan Melayu ini dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.

Tanpa perasa tiruan dan bahan pengawet, rasa rendang Tok cukup diminati pelbagai kaum di negara ini.

Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup

Lebih unik lagi, rendang Tok ini masih disediakan secara tradisional iaitu dimasak atas dapur kayu di kampung ketika kenduri-kendara dan secara bergotong-royong. 

Nama rendang ini dikatakan diambil sempena orang tua yang memasak sajian itu suatu ketika dulu. Kaedah masakan juga berbeza kerana dimasak dalam tempoh cukup lama, dikacau sehingga kering dan bertukar menjadi warna hitam.

Jika mengikut resipi asal, rendang ini menggunakan daging kerbau yang lebih berurat, enak, manis dan serasi dengan ramuan rendang.Kini, rendang ini lebih banyak menggunakan daging lembu yang mudah didapati.

Resipi rendang ini telah dikongsikan sendiri oleh Encik Husreezal Rushdee Husin di laman Facebook. Resipi ini viral sehingga mendapat 4.9k share di Facebook tau.


RESIPI RENDANG TOK WARISAN PERAK

Hari ni saya buat Rendang Tok, rendang yang berasal dan popular di negeri saya Perak terutamanya pada musim kenduri kahwin dan hari raya, sedap dimakan dengan pelbagai jenis nasi, lemang & ketupat. Ada yang nak cuba buat untuk hari raya tak?

Bahan rendang tok

bahan rendang tok

Bahan A: 

  • 1 kg daging potong kiub 3×3 inchi
  • *20 tangkai cili kering
  •  *4 biji bawang besar
  •  *6 ulas bawang putih
  •  *4 inchi halia
  •  *4 inchi lengkuas
  •  *1 ketul isi kunyit
  •  *4 batang serai
  •  *2 sudu mkn jintan manis
  •  *2 sudu mkn jintan putih
  •  *2 sudu mkn ketumbar
  •  *2 sudu mkn lada hitam
  •  *5 biji buah keras

Nota: Semua bahan bertanda * dikisar halus, bahan rempah ratus disangai sekejap sebelum dikisar, satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.

bahan rendang tok

Bahan B: 

  • 500ml santan pekat @ 2 biji kelapa
  • 5 sudu mkn kerisik
  •  5 sudu mkn gula merah @ gula melaka
  •  1 cawan air asam jawa dari 2 sudu asam
  •  Garam & gula secukupnya
  •  Air secukupnya

Bahan C:

  • 2 keping kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 8 kuntum cengkih
  •  8 biji pelaga
  •  2 helai daun pandan potong pendek2
  •  1 senduk minyak – menumis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan C hingga naik bau.

2. Masukkan bahan A iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan B, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk dan rendang sejat.

3. Kacau dgn kerap bagi mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit.

4. Boleh tutup api ikut tahap kelembapan rendang yang anda suka, rendang tok boleh bertahan lama jika dikeringkan hingga bahan rencahnya menjadi serbuk.

5. Siap untuk dihidang!

rendang tok


Wah! Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi bila dah masak sendiri depan mata kan. Resipi pun dah ada, senang lah nak masak rendang tok lepas ni.

Follow resipi ni je senang. Jangan lupa tempah lemang untuk makan dengan rendang tau. Rasa tak lengkap pula makan rendang tanpa ketupat dan rendang kan.

Selamat mencuba!

Baca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN