rendang maman daging

Jom buat Rendang Maman Daging untuk juadah hari raya tahun ini. Memang nampak lain dari yang lain! 

Rendang maman cukup terkenal di Negeri Sembilan lantaran keenakannya yang tidak terkata. Jika dibandingkan rendang ini dengan negeri lain, ia masih menduduki tempat paling teratas.

Keunikan rendang ini adalah ia menggunakan sayur maman atau nama saintifiknya ‘Cleome Gynandra’, yang mempunyai pelbagai khasiat sebagai kandungan utama, dimasak bersama daging atau ayam, termasuk yang disalai terlebih dahulu.

Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup 

Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.

Bagi masyarakat Gemencheh, Negeri Sembilan, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayam, daging atau pun ikan bilis. Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya.

Rendang maman ini boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, cili api yang secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan rasa pahit maman.

Jom ikuti resipi rendang ini dari perkongsiaan Cik Puan Hazliza Hamzah ini. Beliau tak lokek untuk berkongsi ilmu masakan untuk dicuba oleh semua yang menggemarinya. 


RESIPI RENDANG MAMAN DAGING

rendang maman daging

Bahan-bahan:

  • 2kg daging
  • 4kg sayur maman
  • 4kg santan
  • 7/8 keping asam keping
  • 2 buku kunyit hidup/serbuk kunyit pun boleh
  • 300g cili api kampung (ikut kepedasan, nak kurang pedas boleh kurangkan cili)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.

2. Bersihkan daging, potong mcm biasa dan masukkan ke dalam kuali.

3. Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging tadi. Kacau bagi bahan serap sekata.

4. Masukkan santan. Kemudian, kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata. Renihkan.

5. Setelah kuah pekat masukkan asam keping.

6. Bila santan pekat dan mendidih, baru masukkan daun maman sedikit demi sedikit. Kecilkan api supaya bawah tidak hangus.

7. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!

Pantang Larang Masak Rendang Maman:

  • Ingat, jangan kacau daun maman selagi belum layu. Ini kerana nak elak maman pahit.
  • Semasa basuh daun maman juga elak dari terperah daun untuk elak pahit. Cara basuh rendam dalam air besen dan pastikan pasirnya hilang. Ulang 3 kali basuhan. Toskan supaya masa masuk maman dalam kuali maman tidak basah.
  • Pastikan api kecil sebab sepanjang nak tunggu layu, tak boleh kacau. Jadi api kecil boleh elak dasar rendang hangit.

Sifir Daun Maman:

daun maman

  • Jika daging 2kg, maman 4kg santan juga 4kg
  • Jika daging 4kg, maman 6kg santan juga 6kg

**Santan yang cukup baru menghasilkan minyak kehitaman.


Selamat mencuba!

Baca juga: 10 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Tetamu Puji Melambung Punyalah! 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN