Belajar daripada mak:-) Simple n senang nk masak….boleh la cube;-)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Briyani
Belajar daripada mak:-) Simple n senang nk masak….boleh la cube;-)
BAHAN-BAHAN
- Bahan2 utk di mesin atau ditumbuk:-
- * 5 ulas bawang putih
- * 1 labu bawang besar
- * 1 inci halia
- Bahan2 utk menumis:-
- * 2 sudu besar minyak sapi
- * 2 sudu besar minyak masak
- * 1 1/2 sudu besar rempah briyani (kalau ske lebih leh je tmbh je 2 or 2 1/2 sudu)
- * bahan2 yg di mesin/ ditumbuk
- Utk nasi:-
- * 4 cwn beras basmathi/ beras mkn yg biasa
- * 4 cwn air ( or ikut sukatan air utk beras yg digunakan)
- * 1 senduk (nasi) susu pekat manis atau 1/2 tin susu cair
- * sedikit garam (secukup rasa)
CARA PENYEDIAAN
- Basuh 4 cawan beras sebanyak 3 kali, untuk bilasan yg ke-3 jgn buang air. Biarkn beras terendam sementara nak sediakan bahan2 untuk nasi.
- Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang di mesin atau ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan. Kemudian masukkan rempah briyani, dan tumis lagi sehingga naik bau. Tutup api setelah bahan menumis naik bau wangi.
- Sementara menumis, dengan cermat buangkan air bilasan terakhir untuk beras tadi.
- Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yg berisi beras yg telah dibasuh dan direndam tadi. Masukkan susu pekat manis/ susu cair ke dalam periuk yang sama. Letakkan air ikut sukatan masak nasi biasa dan garam secukup rasa.
- Masak nasi seperti nasi putih biasa. Sekali-sekala, kacau nasi untuk mengelakkan melekat atau hangit di bahagian bawah dan untuk bagi nasi masak secara serata.
- Setelah nasi masak, boleh dihidangkan panas2 bersama dengan ayam masak merah, kuah dalca dan kerabu timun. Selamat mencuba:-)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.