sup tulang thai

Ada yang suka makan Sup Tulang Thai? Kalau makan dekat kedai, mesti akan order sup tulang ini makan dengan sambal belacan tau. Memang padu! 

Nak buat sup tulang ni lagi banyak bahan digunakan lagi sedap. Yang penting rasa kena kisar dengan rasa masam dan rasa sup dia. Wajib makan ketika sup masih panas, dan nasi putih pun panas. Tapi hati-hati risau bertambah nanti.

Baca juga: Sup Tulang Lagi Padu Kalau Guna 2 Bahan Ini, Sedap Hirup Kuah

Tak lengkap makan sup tulang thai ni kalau tak ada telur dadar yang kembang tu. Gabungan dua makanan beserta sambal belacan pun cukup dah untuk buat kita ralit makan tanpa hiraukan orang belakang.

Resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Yati Mohd ini nampak sangat berselera dan memang sama sedap macam kedai. Janji ada tulang, semua orang boleh menjadi kalau ikut resipi yang dikongsikan ni.

Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI SUP TULANG THAI

sup tulang thai

bahan sup tulang thai

Bahan-bahan: 

  • 1kg tulang lembu – dipotong medium
  • 7 biji bawang kecil – tumbuk lumat
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • 1 1/2 inci halia – dipukul
  • 2 bungkus sup bunjut tulang
  • Bawang holand – dihiris tebal
  • 2 batang saderi – dihiris tebal
  • 3 biji tomato – potong 4
  • 6 biji cili api – penyekkan
  • 4 cawan air limau nipis 
  • Daun ketumbar dan daun bawang -dihiris
  • Bawang goreng
  • Garam, ajinamoto, gula

Cara-cara memasak: 

1. Rebus tulang dalam periuk. Air agak-agak. Kemudian, masukkan sup bunjut dan halia. 

2. Panaskn kuali, kemudian tumis bunga lawang, kayu manis dan cengkih hingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan bahan bertumbuk. Tumis sehingga wangi dan masukkan ke dalam rebusan tulang.

4. Biar hingga tulang lembot/ empok. Masukkan tomato. Biar sekejap dan masukkan bawang holand, saderi dan cili api.

5. Perasakan dengan garam, gule dan ajinomoto. Masukkan air limau nipis. Kalau nak masam boleh tambah.

6. Dah cukup semua rasanya, boleh tutup api. Pastikan kuah agak pekat.

7. Hidangkan dalam mangkuk dengan hirisan daun ketumbar/daun bawang dan bawang goreng. Siap!


Ada yang suka makan sup tulang ni dengan sambal kicap. Pedas-pedas manis gitu.

Alang-alang buat sup tulang atau sup daging ni, extrakan kuah untuk makan petang juga. Boleh dicelur mee kuning atau bihun je nanti.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kulit Karipap Daun Sup, Memang Harum Dan Sedap Teksturnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN